Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Love Is Simple

cIntA antaRa kIta

Sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yang telah membuat ku menyintai mu

Sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu


Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg….


Setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….


sudah berapa lama
diriku ini
tak bertemu mu


mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu

Cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu


Hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu sayang….


cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg…
ku kan berjanji
menyintamu syg...

kasIh antara kIta..@-@

Terciptanya kita terciptalah rasa
Tercipta cinta, tercipta rindu
Tercipta episod penuh berwarna antara kau dan aku
Terasa segalanya sempurna tanpa cela
Lihat dari hati bukannya diri
Bagai puteri menanti putera kasih antara kita
Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta antara kita
Terciptanya kita terciptanya rasa
Tercipta cinta, tercipta rindu
Terasa semuanya sementara sumpahan antara kita
Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta
 Oh dugaan berdua tiada beza
 Oh dari mana datangnya sentiasa
 Kabur tiada dapat kita menghalangnya
 Kasih…
Walau dipukul kuat ombak cinta
Melayang jauh seketika
Kembali kerna percayakan kita
Terasa bagai dongeng kisah asmara
Berputik kita kerna rasa
Kasih yang tercipta antara kita
Terciptanya kita terciptalah rasa
tercipta cinta, tercipta rindu

ku bUkan aQ!!!!

Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu
Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu
(korus)
Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku
Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul
Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

oH nO!!!sWeEt cGt aU....(^.~)-----(~.^)

  • hayatilah...mmg sebuah kisah cinta yg menarik untuk kita baca...


    Ini kisah mereka.. kisah cinta yang insyaAllah membawa ke syurga. Kata mak.. Mak abah berjumpa di program. (Mungkin tamrin sebenarnya) Program akhir tahun siswa siswi universiti. Kata mak, ketika itu mak sedang menuruni tangga, dan terpandang abah. ...Itulah kali pertama mer...eka berjumpa mungkin. Cinta pandang pertama. Mak muslimah yang solehah, beriman. Bertudung labuh dan berjubah lembut. Mak mempunyai wajah yang indah subhanAllah. Cantik dan menyenangkan. Mak pernah dipinang, malah beberapa kali. Alhamdulillah, mak senantiasa bergantung pada Allah. Setiap pinangan, mak akan istikharah. Pernah hadir sebuah pinangan untuk mak, yang mak istikharah ke atasnya. Dan kata mak.. "Mak mimpi mak pakai pakaian pengantin.. indah.. tapi mak pelik.. kenapa baju pengantin mak tak habis dijahit.. tak lengkap.." Dan pinangan abah datang. Hadir, Seakan angin yang menyampaikan sinar bahagia yang menenangkan.. dan pada Allah, mak bergantung harap. Mak sekali lagi istikharah. Dan Allah mengurniakan. Juga tanda dalam mimpi. Mak lihat.. "Mak sembahyang,. mak solat.. dan abah.. abah yang menjadi imam.. abah yang menjadi pemimpin.." Cerita mak sambil tersenyum.. Dengan redha, mak menerima, dengan cita-cita menjadi isteri yang solehah. Alhamdulillah. Aku pernah melihat surat mak pada abah semasa pertunangan. Surat cinta dahulu kala. Aku tersenyum. Hehe. Membahagiakan. Aku pernah melihat buku haraki yang dihadiahkan mak pada abah, dengan kata-kata semangat seorang muslimah kepada mujahid. Agar terus tetap dalam perjuangan. Oh, bahagianya.. Mak selalu cerita tentang kenangan manisnya.. Dulu, ketika mak mengidam mengandungkan anak sulungnya, iaitu aku, mak pernah teringin untuk makan buah, dan abah belikan 2 bekas besar khas untuk mak. Ketika mak dalam pantang dan terasa meikmati keindahan minuman, abah hadir dengan satu jug besar. Cerita mak sambil tersenyum. Dan begitulah abah, terlalu baik. Amat baik. Dan hidup mak senantiasa bersama abah. Mak kadang-kadang sakit. Pernah mak pengsan dua kali. Pernah mak memasuki wad. Pernah kami sekeluarga mengalami detik-detik yang amat mensyahdukan. Abah pangku mak, dan abah menangis. Aku sebak melihat abah menangis. Dan aku tak pernah melihat abah menangis seperti itu sebelum ini. Dan abah, benar-benar menjaga mak dengan sepenuh jiwa dan raga. Cerita mak.. Ketika sama-sama menunaikan haji. Ketika semua jemaah sudah pulang, abah masih belum pulang walaupun sudah 2 jam berlalu. Mak risau. Dan kelihatan abah.. "Abang ke mana? Risaunya ani.." "Abang buat tawaf, dua kali.. satu untuk abang, dan satu untuk ani.." kata abah sambil tersenyum. Mak terharu, biasanya tawaf setengah jam. Tapi disebabkan ramai orang, jadi sejam. Dan abah sanggup buat untuk mak. Abah dan mak selalu berlumba untuk beribadah.. "Abang buat solat sunat tasbih lagi banyak daripada ani.." "Isk, ani tak boleh sembahyang boleh lah abang potong.." Dan abah hanya ketawa. Dalam sunat tasbih, dalam solat tahajjud, dan pelbagai perkara. Di rumah ada sebuah buku. Amalan harian di bulan ramadhan, amalan setiap hari. Dan abah dan mak selalu berebut untuk buku tersebut. Selalu bertukar tangan. Pernah mak tanya, "Abang suka ani marah-marah, tapi sihat ke.. atau ani diam, tapi ani sakit.." "Tentulah abang suka ani sihat, walaupun marah-marah.." jawab abah.. Dan bila mak teringinkan sesuatu, abah akan usaha membahagiakan mak. Abah seorang tukang masak yang baik. Amat baik. Dan abah selalu membanggakan mak. Ke mana mak pergi, mak bangga bila orang berkata. Dan selalu berkata. "Beruntung Ani dapat suami macam tu.." Mak gembira. Kadang-kadang mak pening kepala. Abah akan belai kepala mak. Bacakan ayat al-quran dengan penuh kasih sayang. Dan itu amat menenangkan mak.. Pernah mak berkata.. "Abah terlalu baik, amat baik.. Sehinggakan mak penah terfikir, jika abah mengimpikan untuk berkahwin baru. Mak akan izinkan, mak akan benarkan.. Abah terlalu baik, dan mak senantiasa inginkan kebahagiaan abah.." Dan abah selalu membanggakan mak, hingga saat terakhir. Hingga abah kini, Sudah tiada. Pergi untuk bertemu cinta agungnya.. Abah membanggakan mak dengan senyuman manisnya walaupun abah sudah tiada. Senyuman yang meredakan tangisan kami. Abah membanggakan mak dengan pujian sahabat abah kepada jenazah. Mak sedih, terlalu sedih. Mak peluk dan belai abah. Ketika tangisan mak mereda. Mak berkata.. "Senyuman abah sinis, seperti senyumannya selalu untuk mengusik mak.." Mak seakan tak lalu makan. Dan aku cuba menyuap. Mak menahan sambil menangis. "Jangan suap mak, mak akan teringatkan abah.." Mak tak boleh mendengar deringan telefon. "Mak berharap sangat yang telefon tu abah.." Mak terus menangis.. Sebentar mak tersenyum. "Abah terlalu baik, sehinggakan nak mencari keburukan, susah sangat.. kecuali satu.. suara abah yang tak sedap.. Itupun mak rindukan sangat suara tu..." ujar mak.. Menarik nafas. Dalam. Amat dalam. "Nadwan, mak perlu kuat kan? Sebab abah dah pergi dengan baik sangat. Jadi mak kena gembira. Mak kena gembira bila abah gembira. Abah, dah bahagia sangat hingga senyum begitu sekali. Mak juga nak jadi macam abah. Mesti abah dan dapat bidadari yang cantik-cantik kan?Agak-agak abah ingatkan mak lagi tak?.. " Mak terus tersenyum. "Mak nak buat ibadah banyak-banyak.. mak nak jadi macam abah.. mak nak masuk syurga sama-sama... sampai nanti.. insyaAllah.. mak nak jadi ketua bidadari untuk abah di syurga nanti..." Dan hati seorang isteri terus tabah. Mendamba penuh harapan dalam tangisan penuh kerinduan...

    Mudah-mudahan kita juga boleh menjadi macam mereka....
    See more

  • Indahnya jDi wAnita!!!@_@

  • 1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

    2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
    3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
    4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
    5. Wanita ya...ng memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
    6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
    7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
    8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
    9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
    daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
    10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
    11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
    12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
    13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
    14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
    15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
    16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
    17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
    18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
    19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
    20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan habarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
    21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
    22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akanmendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
    23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

    24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.


    copy paste dari org len =D
    See more

  • Saya X nK "hOt" aT dUnia tkOt "hOt" aT akhiRat!!!!

  • Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.

    Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
    ...
    Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.

    Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.

    Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

    Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.

    Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

    Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.

    Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

    Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.

    Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

    Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
    Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

    Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

    Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

    Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

    Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

    Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.

    Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

    Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.

    Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

    Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

    Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

    Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya.

    Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

    Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

    Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
    Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
    Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
    Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
    Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
    Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
    Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..

    Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini
    See more

  • cOupLE+cintA=>^,^

    Ada orang tanya saya di dalam shoutbox. Adakah saya pernah bercinta. Saya kata pernah. Kemudian dia tanya, adakah saya pernah bercouple. Saya kata tak pernah. Kemudian dia pelik dan berkata:
    “Macam mana tak couple, tapi bercinta?”
    Saya pula naik hairan. Cinta dengan couple tu, sama ke? Nak bercinta, wajib couple ke? Kiranya, kalau tak couple tu, ta...ndanya tak ada cinta la? Begitu kah?
    Patutlah bila saya kata bercinta sebelum kahwin boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “No cinta b4 nikah” la, “Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Dia nampak cinta=couple dan sewaktu dengannya.
    Saya nampak couple tu jauh letaknya di barat, dan cinta tu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta.
    Apa itu cinta
    Saya tak ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa atau mana-mana sumber. Saya bina definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan padangaan yang saya perhatikan selama ini. Saya pun dah banyak kali ulang di Langit Ilahi berkenaan perkara ini.
    Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia – Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya. Semua la pendek kata.
    Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata - saya cintakan awak.
    Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau menarik seseorang yang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, adalah seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorag Pengasih.
    Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, ikhtilat itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?
    Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah… kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah.
    Yang saya kata bercinta sebelum kahwin
    Sahabat saya ada menyatakan kepada saya apabila saya berbicara berkenaan cinta sebelum kahwin. Dia kata:
    “Ana rasa enta patut jelaskan. Mungkin ada orang yang salah faham”
    Jadi biar saya terangkan di sini. Saya tak pernah kata bahawa bercinta sebelum berkahwin itu adalah dibenarkan bercouple, dibenarkan melebih-lebih dalam hubungan lelaki perempuan dan sebagainya. Malah dalam beberapa artikel saya, saya dah nyatakan bahawa saya tidak menghalalkan couple.
    Apa bercinta sebelum kahwin?
    Mempunyai perasaan cinta, biasanya waktu bila? Mungkin zaman mak ayah kita dahulu, kahwin datuk nenek kita susunkan untuk mereka. Zaman tu mungkin kita boleh kata – cinta selepas kahwin.
    Zaman sekarang, paling kurang pasangan kita tu adalah yang belajar sama sekolah, kerja tempat sama, pernah bekerja sama dalam apa-apa program. Apa-apa pun, ada pertembungan sebelum perkahwinan yang menjadi trigger kepada rasa nak kahwin dengan dia.
    Rasa nak kahwin dengan dia tu apa? Itulah perasaan suka, nak, yang kemudiannya kita katakan itu adalah ‘cinta’. Jadi, kalau cinta sebelum kahwin ni haram, maka ramailah orang zaman sekarang, asas perkahwinannya haram. Sebab rasa suka tu datang sebelum kahwin. Persoalannya, benda-benda macam ni(jatuh suka, jatuh nak, jatuh cinta ni), boleh atur ke? Macam mana? Sebab itu, saya tidak memilih mengharamkan cinta. Saya memilih untuk menunjukkan cara bercinta.
    Bila kamu ada rasa suka pada seseorang, kamu cakap dan luah pada dia bila kamu bersedia. Kalau dia terima, di situ secara tidak langsung sudah ada kontrak antara kamu dan dia. Hubungan kamu pula diketahui oleh ibu bapa.
    Maka tidak salah mempunyai perasaan cinta ketika itu. Bercintalah macam orang belum berkahwin sepatutnya bercinta. Janganlah buat gaya macam dah lepas kahwin pula. Sebab itu saya sering kata, kalau ketagih sangat nak berdating, suruh famili anda ajak famili pasangan anda keluar makan. Kalau rindu sangat nak jumpa, ajak keluarga ziarah rumahnya. Senior saya pula(Abang Amir, telah berkahwin) berkata, kalau sms, urusan yang sangat-sangat penting sahaja. Lepas sms tu, delete cepat-cepat yang dia sms tadi. Supaya kita tak baca sms tu banyak kali dan kemudian mengheret kepada zina hati. Pendek kata, hubungan tu masih macam orang belum kahwin ya. Masih banyak kena jaga.
    “Susah la macam tu”
    Habis, ini sahaja jalan yang ada kalau nak bercinta sebelum berkahwin. Nak lebih senang, kahwin la.
    Kenapa saya tidak mengharamkan cinta sebelum kahwin?
    Sebab untuk cinta itu boleh muncul bila-bila masa sahaja tanpa kita rancang. Cinta ini bergejolak dan senang memberontak. Kita tidak boleh tundukkannya dengan berkata – itu haram, ini tak boleh – dan sebagainya. Tetapi kita boleh lenturkannya dengan – boleh, tetapi ada syaratnya –
    Maka, hendak mencapai boleh itu, ikutlah syarat-syarat yang disediakan.
    Tengok diri dahulu
    Saya lebih senang kalau dalam bab cinta ni, kita tengok diri kita dulu la. Tengok diri ni, bukan maksud saya duit. Duit tu nombor 100 dalam perkiraan saya. Perkara yang pertama kita kena tengok adalah, apakah kita sudah bersedia dengan tanggungjawab nak bawa anak orang lain masuk syurga?
    Itu yang pertama sekali. Yang kedua, apakah kita sudah bersedia untuk menjadi contoh kepada isteri dan anak-anak?
    Yang ketiga, apakah telah dipersiapkaan ilmu, emosi, mental dan jiwa untuk berkeluarga, menghadapi cabaran-cabarannya, mendidik orang-orang di dalamnya?
    Jangan nampak ending hubungan kita dengan pasangan kita hanya di gerbang perkahwinan.
    Ada dunia yang luas, penuh cabaran dan dugaan, menanti anda selepas gerbang perkahwinan itu.
    Yang bercouple, apakah anda berfikir?
    Jadi bila orang tanya saya, apakah yang beza orang bercinta dengan orang yang bercouple?
    Bezanya, satu pihak fikir perkara-perkara yang saya sebut di atas ini, dan berusaha mati-matian menyiapkan dirinya. Satu pihak lagi, fikir nak seronok, nak happy-happy aja, dan tak fikir pun selepas itu apa yang akan mereka hadapi.
    “Kami couple sebab cinta la”
    Maka saya kata, cinta anda itu, tidak sama dengan cinta saya. Maaf saya kata, cinta yang saya katakan ini suci, mahal, berharga. Nak dapatkannya, perlukan usaha yang keras. Cinta menembus syurga, mestilah usahanya juga boleh menggegarkan jiwa.
    Saya tak suruh break up ya. Kalau yang bercouple sedar benda ni, hentikan couple itu, dan cari makna cinta sejati memperbaharui cinta mereka sebelum ini, perbaiki perjalanan hidup dan serius nak bina kehidupan yang Allah redha, apa salahnya kamu masih bersama. Boleh sambung couple tu lepas kahwin.
    Kalau kamu benar-benar ber’cinta’ la kan, takkan la nak teruskan sesuatu yang merosakkan pasangan yang kamu kata kamu ‘cinta’ tu? Ya la, lempar pasangan pada kemurkaan Allah, pada neraka Allah. Kamu kata kamu ‘cinta’? Jadi kalau benar kamu ‘cinta’, takkan la tak boleh stop sekejap couple tu dan bergerak memperbaiki diri, perbetulkan kembali matlamat, fahami kembali cinta, kemudian kahwin, dan sambung cople kamu semula.
    Yang bercouple, apakah yang anda fikir? Senangnya, kalau anda baca artikel saya ini, saya nak anda fikir kembali melihat diri anda sendiri. Apa masa hadapan yang anda mahu? Keluarga yang macam mana hendak anda bina? Anak-anak nanti anda hendak didik dengan apa?
    Ketahuilah, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan boleh memberikan apa-apa.
    Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama
    Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.
    Couple ni, nak pegang-pegang tangan, nak sembang dekat-dekat, nak jiwang lebih-lebih, nak romantik tak boleh blah, lepas kahwin la. Nak bercinta sebelum kahwin(tak ada duit nak kahwin, belajar tak habis, mak ayah tak bagi kahwin lagi), buat la gaya bercinta sebelum kahwin ya. Dah ambil jalan susah, kena guna cara susah juga la. Senang cerita, kalau nak senang, dua sahaja solusinya: Kahwin, tak payah bercinta.
    Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.
    Siapa kata couple=cinta?
    Boleh tukar definisi tu.

    CintA

  • Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba…mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya…

    Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah kare...na hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

    “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.” (QS. Adz Dzariyat: 49)

    “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. ” (QS. An Nuur: 32)
      “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tandabagi kaum yang berfikir. ” (QS. Ar-Ruum:21)

    Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk matamaka bersabarlah… berdo’alah… berpuasalah…

    ” Wahai kaum pemuda,siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah,maka menikahlah,sesungguhnya menikah itu memelihara mata,dan memelihara kemaluan,maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah,berpuasalah,karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ” (Hadist)

    “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (QS. Al Israa’ :32)

    Cukup cintai ia dalam diam… bukan kerana membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia…tapi meraih surga-Nya bukan kerana lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

    Cukup cintai ia dari kejauhan… kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cubaan kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana hadirmu mungkin saja ‘kan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga…

    Cukup cintai ia dengan kesederhanaan… memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…

    Maka cintailah ia dengan keikhlasan kerana tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?
      “ …boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216)
      “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (QS.An Nuur:26)

    Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…kerana tiada yang tahu rencana Tuhan…mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk berubah…serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya…

    “Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)

    " ..berikan hatimu hanya untuk allah,, pasti dia akan temukan padamu pemilik terbaik,, dan hampar kan masa mu seluasnya hanya untuk allah,, pasti dia akan aturkan dengan hidupmu sebaiknya.."
    See more

  • Duhai cAlOn sUaMi dUnia akHiratku

    DUHAI CALON SUAMI DUNIA AKHIRATKU..~

    Ku titipkan warkah ini buatmu walaupun jauh untukku bertemu denganmu..
    wahai dirimu yang sedang dinanti..sabarkanlah aku dalam menempuhi denai-denai penantian dunia..

    Duhai calon pemilik tulang rusukku..
    Aku akan segera hadir dalam dinginnya malam dengan hangatnya jiwa. Ku tunggu hingga Ijab Kabul terucap dari lisanmu. Aku akan menjaga dalam harumnya semerbak dalam jiwaku, menunggu hingga engkau menahkodai bahtera kita. Akan ku berhijab dengan sempurna dengan tak selalu mengikuti arah arus angin yang berhembus..

    Duhai calon imam dalam solatku..
    Aku kan selalu hadir dalam cintamu kepada Allah, dengan siap aku akan menghamparkan sajadah sebagai alas sujudmu, dengan hadirku sebagai makmum..Insya Allah akan menyempurnakan solat kita.
    Dengan deru doamu seiring 'aamiin' dari lisanku..Dalam hening malam
    air mataku ini tak henti ku titiskan bercahayakan munajat doa..

    Duhai calon pemilik tangan gagah yang menolongku ketika aku tersungkur dan jatuh..
    Lindungi aku dalam perjalanan hidup kita, ketika engkau terluka kan kubalut dengan cinta jiwa yang merona, menyembuhkan segala perih dalam jiwamu..

    Duhai calon pengusap air mataku...
    Sungguh engkau takkan rela calon bidadarimu ini menangis, usaplah lembut pipi kemerah-merahan ini agar tak menangis, dan kan kuhaluskan telapak kakimu dengan mencucikannya ketika engkau pulang dari berjihad..

    Duhai calon ayah dari para mujahid-mujahidah kita...
    Aku sebagai madrasah pertama sebagai sumber ilmu dari anak anak kita, kan kutanamkan ilmu agama agar mujahid mujahidah kita takut akan Rabbnya, santun pada kedua orang tuannya, menghormati orang-orang yang lebih tua. Akhlakul karimah yang baik kan kusisipkan dalam prilakunya semenjak kecil.

    Duhai calon nahkoda yang kan membawa keluargaku ke syurga…
    Mari kita hiasi rumah kita dengan cahaya-cahaya iman…

    Aku dalam diam sengaja tak menampakkan diri,
    agar engkau benar benar menemukanku dalam cahaya sujudmu..
    Aku tak banyak bicara kerana aku takut ketika aku menyapa,
    engkau tepesona pada apa yang kuucap..
    Aku menunduk malu, tak berani menatap mata binar yang
    engkau miliki,
    karena aku takut dapat memudarkan imanku..

    Temukan aku wahai calon imam dalam sujudku…
    Aku menunggu lisan qabul darimu..
    Yang menyambut ijab dari waliku..
    Insya Allah, sedia menanti di sini..~
     
    This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.