Hello.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Love Is Simple

Aku

Masih banyak hal lain yang lebih penting yang harus AKU pikirkan daripada memikirkan diri Aku sndiri..
Masih banyak hal lain yang menunggu untuk AKU lakukan daripada merawat tubuh manjaku yang sakit..
Aku ada disini untuk menemani dan membantumu berjuang, bukan untuk menjadi beban dalam hidupmu yang menghambat langkahmu..
Aku disini untuk menjadi kekuatanmu disaat Kamu lemah, untuk menjadi semangatmu disaat Kamu ragu, 
Untuk menjadi perawatmu disaat Kamu terluka, untuk menjadi apapun disaat Kamu memerlukan..

Sekarang diam dan istirahatlah. Tenaga dan pikiranKU lebih diperlukankan untuk peperangan esok hari…”

ceritera hati

hari ni rase cam nak UPDATE entri skit la...al-maklum la dah lama tak meng-UPDATE...sampai da 
Bersawang-sawang da diary ONline cik ain ni..hahaha..
ok2..abaikan fasal blog yg agak bersawang skit ni ek...^^...ermm..rase rase best tak hidup tanpa berteman...i means:SINGLE la kan..dari  bercouple ni...hmmm tah pape ...ish!ish!ish!(cam penah kecewa je...huhuhu)
cik ain rase single la lbih better dri couple....=)tapi x taw la plak lau org laen cam ne kan...
eh...cik ain nk kasi tau rahsia hati cik ain skit ni...emmmm,cik ain suka la tgok muka sorang budak ni..
alahaii....cute la jgak an...yang pasti rasa tenang je bley tgok muka dia...
ADOYAIIII!!!!!!parah sehhhh.....macam awie dlm sembilu la plak....jiwang siot....haha
sesape yang terserempak ngan entri ni jgn slh phm pulak auu..x bermakne suka tgok muka dia..bermakna cik ain ni jatuh hati au....=))allaaaaaa..just suke tgok jew pown..kan!kan!kan!cik ain da tkot nk jatuh jatuh hati ni....bkn pe,,bila hati ni dah jatuh takot x dek org sambut....hahaha..wat shy je...^^..
haa!!!sape nak tahu ciri2 yg yang cik ain suke....nak tau x???
emmmmm,,,x yah tau la.....hahaha.....biar cik ain sorg je la yg tahu erk....hehe
ok la....nnti lau time free nnti..cik ain UPDATE lagi ye....
bUbyE!!!!!!!=)))

9 ciri lelaki idaman wanita

Jika sebelum ini t5 telah menyenaraikan mengenai ciri wanita idaman lelaki, artikel kali ini akan menyenaraikan mengenai ciri lelaki idaman wanita pula. Apakah kriteria-kriteria yang perlu ada pada seorang lelaki untuk berjaya  menambat hati seorang wanita? Adakah mereka perlu menjadi seorang yang kaya, bijak, tampan atau sebagainya? Apakah ciri-ciri yang menjadi keutamaan untuk penilaian seorang wanita? Ia akan terjawab selepas anda membaca artikel ini. Pendapat ini adalah hasil daripada suara majoriti yang mewakili wanita. Berkemungkinan ada juga wanita yang tidak sependapat mengenai perkara ini. Diharap artikel ini mampu untuk menjadi panduan terutamanya kepada lelaki yang masih singledi luar sana.
Mampu melakukan kerja lelaki- Sebahagian wanita menyatakan bahawa mereka amat mudah terpikat terhadap lelaki yang mampu melakukann kerja-kerja lelaki seperti bertukang, membaiki kenderaan dan sebagainya. Mungkin ini merupakan rahsia  yang kebanyakan lelaki tidak sedar.
Sopan- Mungkin ciri seperti ini agak klasik tetapi kebanyakan wanita menyetujui bahawa mereka lebih sukakan jenis lelaki yang sopan. Sopan yang dimaksudkan bukanlah menjurus kepada perwatakan yang lembut, terlalu menjaga tingkahlaku dan sebagainya, ia lebih kepada pertuturan mereka.Ini mungkin disebabkan oleh sifat semulajadi wanita yang mudah terguris dengan kata-kata seorang lelaki.
Cara berpakaian- Bukan wanita sahaja, tetapi orang lain juga akan selesa untuk melihat anda sekiranya berpakaian kemas. Dari segi psikologi pula, ia adalah cara terbaik untuk orang sekeliling membuat tanggapan awal yang positif terhadap diri anda. Apabila sudah berfikiran positif, maka lebih mudah untuk anda mendekati mereka.
Berjaya memikat hati ibubapa- Seorang wanita amat mementingkan perhubungan antara lelaki dengan ibubapa mereka, berbanding lelaki yang biasanya tidak terlalu mementingkan perkara ini. Sekiranya anda berjaya memikat hati ibubapa seorang wanita, anda adalah lelaki idaman mereka.
Mampu berdikari- Bagaimana seorang lelaki mampu untuk melindungi seorang wanita sedangkan diri mereka sendiri masih tidak mampu untuk dilindungi? Persoalanyang selalu bermain di fikiran wanita.
Membuatkan mereka berasa selamat- Sekiranya anda sudah berjaya membuatkan seorang wanita berasa selamat apabila bersama, anda sebenarnya telah berjaya memikat mereka.
Kelakar- Tanggungjawab seorang lelaki adalah untuk membuatkan wanita ketawa.
Mengambil berat- Wanita amat memerlukan perhatian daripada seorang lelaki, Mereka akan merasakan amat dihargai sekiranya  anda mengambil berat mengenai diri mereka.
Pegangan agama- Tugas besar seorang lelaki adalah untuk memimpin. Kepimpinan akan goyah sekiranya tiada satu pegangan yang kuat. Ia memang tidak boleh dinafikan.
Ego- Seorang lelaki yang ego amat mudah untuk dikesan. Sekiranya ketika berkomunikasi lelaki itu banyak bercerita mengenai apa yang dia telah lakukan, membanggakan dirinya, dan menceritakan kehebatannya sahaja, kemungkinan mereka adalah seorang lelaki yang ego amat tinggi. Lebih sukar sekiranya mereka sendiri tidak dapat mengawal keegoan mengikut keadaan,tempat dan tidak memikirkan perasaan orang lain. Sekiranya anda berjumpa lelaki seperti ini, anda dinasihatkan untuk menjauhkan diri. Ini kerana mereka hanya mementingkan diri mereka sahaja dan amat sukar untuk dibawa berbincang.
Kedekut- Lelaki yang kedekut juga merupakan satu masalah yang menjengkelkan. Ini adalah kerana seseorang lelaki harus bertanggungjawab untuk memberi perlindungan dan menjaga makan minum seseorang wanita mengikut kemampuannya. Sekiranya pada permulaan mereka sendiri tidak menunjukkan tanggunjawab mereka, pasti lebih sukar sekiranya sudah ada pertalian. Tetapi ia juga mengikut sikap seseorang wanita itu, sekiranya permintaannya melampau dan meletakkan kebendaan perkara paling penting dalam perhubungan, lelaki itu pula harus memikirkan adakah wanita seperti ini harus mereka elak.
Tidak Hormat- Perasaan tidak hormat juga merupakan masalah utama yang sering dibelenggu wanita. Ini adalah kerana sekiranya tiada perasaan hormat, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan memenuhi keinginan mereka. Hormat adalah perkara terpenting dalam kehidupan. Ia bukan sahaja perlu untuk wanita, tetapi ia juga perlu untuk dalam kehidupan bermasyarakat. Seseorang yang tiada perasaan hormat amat mudah untuk dikesan, boleh dilihat di dalam cara pertuturan mereka. Sekiranya mereka hanya bercakap mengikut hati sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain, ia merupakan tanda awal bahawa mereka jenis yang tidak menghormati perasaan orang lain.
Suka berfoya-foya- Sekiranya timbul sesuatu masalah, lelaki yang suka berfoya-foya amat sukar untuk mencari jalan penyelesaian disebabkan  perasaan tanggungjawab yang kurang. Mereka lebih memikirkan mengenai hiburan dan keseronokan diri sendiri. Wang juga akan dihabiskan untuk berseronok berbanding tanggungjawab yang perlu mereka laksanakan. Lelaki seperti ini perlu dielakkan. Ini akan menyulitkan lagi keadaan sekiranya sikap ini masih terbawa-bawa apabila sudah berkahwin. Dikhuatiri mereka akan melepaskan semua tanggungjawab yang perlu mereka pikul ke ats bahu wanita itu seorang sahaja.

5 kepentingan perkahwinan dalam kehidupan

Perkahwinan adalah merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia, tidak kira samaada lelaki ataupun wanita. Ini kerana hanya dengan perkahwinansahaja mampu untuk melengkapi atau memenuhi keinginan semulajadi seseorang itu. Antara kepentingan perkahwinan adalah..
(1) Memenuhi keinginan semulajadi- Sememangnya adalah keinginan semulajadi manusia mempunyai nafsu terhadap pasangan mereka. Adalah amat mustahil sekiranya keinginan ini dipenuhi tanpa melalui perkahwinan.  Selain daripada itu, kepentingan perkahwinan juga adalah untuk mengelakkan keinginan ini dilalui dengan cara yang salah.
(2) Sebagai pelengkap kehidupan- Adalah mustahil sekiranya seseorang menyatakan bahawa kehidupan mereka telah lengkap tanpa melalui perkahwinan. Ia mungkin hanya luahan sahaja tetapi hakikatnya adalah jauh berbeza. Kepentingan perkahwinan dinyatakan sebagai pelengkap kehidupan adalah kerana peranan pasangan yang dapat membantu untuk menutupi kelemahan diri anda. Setiap manusia dilahirkan pasti mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
(3) Penyambung zuriat- Zuriat atau anak hanya boleh diusahakan melalui perkahwinan sahaja. Tanpanya, adalah mustahil untuk meneruskan keturunan anda. Kepentingan perkahwinan sebagai penyambung generasi tidak boleh dinafikan lagi kerana sejak dari dulu hingga sekarang ianya dipersetujui oleh semua orang tidak kira agama, bahawa sekiranya mereka mahukan pewaris, hanya satu cara adalah dengan melalui perkahwinan.
(4) Mengelakkan kesunyian- Anda mungkin tidak akan berasa sunyi kerana masih mempunyai adik beradik, keluarga dan rakan-rakan. Dari segi luaran ia mungkin tidak memberi apa-apa kesan. Tetapi sekiranya ia dinilai dari segi kesunyian dalaman dan sifat semulajadi anda sebagai manusia, sudah pasti hanya dengan perkahwinan sahaja dapat membantu untuk mengelakkan kesunyian tersebut. Ini adalah merupakan salah satu kepentingan perkahwinan tanpa disedari oleh orang lain.
(5) Mendewasakan diri anda- Hanya melalui perkahwinan, anda yang sebelum ini merupakan seorang budak lelaki, telah bertukar menjadi bapa dan begitu juga seterusnya. Tanggungjawab seorang budak lelaki sudah pasti adalah amat berbeza dengan tanggunggungjawab seorang bapa. Begitulah kepentingan perkahwinan dalam membantu untuk mendewasakan diri anda.

5 Kekurangan sekiranya anda single

Jika sebelum ini kami telah menyampaikan mengenaikelebihan sekiranya anda single, artikel kali ini kami akan menerangkan mengenai kekurangannya pula. Adalah menjadi lumrah kehidupan dunia ini setiap kelebihan pasti akan ada kekurangan. Ianya terpulang kepada diri anda untuk membuat penilaian yang tersendiri. Antara kekurangannya adalah..
(1) Berasa sunyi- Sudah pasti ada sebabnya mengapa manusia diciptakan berpasang-pasangan. Salah satu punca utamanya adalah untuk mengelakkan mereka daripadaberasa sunyi. Sekiranya anda single, mungkin anda tidak berasa sunyi kerana mempunyai ibubapa, adik beradik, saudara mara, rakan-rakan dan sebagainya, tetapi ia pasti tidak akan sama seperti pasangan hidup menemani anda.
(2) Melihat kebahagiaan orang lain- Adalah mustahil sekiranya anda menyatakan tidak terasa apabila melihat kebahagiaan rumahtangga orang lain terutamanya jika mereka adalah dikalangan rakan-rakan anda. Pasti anda juga ingin merasakan kebahagian yang rakan anda alami. Perasaan ini pasti tidak akan hilang selagi anda masih single.
(3) Pembakar semangat- Pasti anda semua mengetahui bahawa setiap kejayaan lelaki pasti ada wanita yang menyokong dibelakang begitu juga sebaliknya. Wanita tersebut mungkin boleh menjadi sesiapa sahaja seperti ibu, kakak, atau rakan wanita. Tetapi ia pasti akan lebih bermakna sekiranya wanita tersebut adalah teman hidup anda.
(4) Masalah ditanggung sendirian- Pasti ramai orang yang berada disekeliling anda yang sanggup memberikan bantuan apabila anda dilanda masalah seperti ibubapa, adik beradik dan rakan-rakan, tetapi ia pasti tidak akan sama sebagaimana perkongsian masalah antara pasangan hidup anda.
(5) Kasih sayang- Manusia sememangnya diciptakan untuk memiliki perasaan kasih dan sayang. Luahan perasaan kasih dan sayang terhadap pasangan semestinya terlalu banyak perbezaan berbanding orang lain. Kasih dan sayang terhadap pasangan adalah lebih lengkap dari segi keperluan luaran dan dalaman.
Sekiranya anda sudah bersedia dari semua aspek seperti kewangan mahukan psikologi, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk melengkapkan lagi naluri anda sebagai manusia.

5 Kelebihan jika anda single.

Sudah pasti ada kelebihan dan kekurangan sekiranya anda memilih kehidupan untuk single. Artikel kali ini kami akan menyatakan mengenai kelebihan sekiranya anda single dan kekurangannya pula kami akan sampaikan dalam artikel yang akan datang. Ia terpulang pada diri anda untuk memilih antara salah satu yang dirasakan sesuai. Antara kelebihan utama sekiranya anda single adalah..
(1) Kewangan- Dari segi soal kewangan, sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan. Ini kerana anda hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri anda sahaja. Apabila anda memilih untuk berpasangan, pasti akan lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan.
(2) Kawan- Apabila anda single, anda sebenarnya bebas dalam untuk berkawan. Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya anda berkawan terutamanya apabila berlainan jantina. Ia pasti akan berbeza sekiranya anda sudah mempunyai pasangan. Pasti pergaulan anda akan sedikit terbatas.
 (3) Bebas untuk melakukan apa yang anda mahu- Pasti didalam kehidupan banyak perkara yang anda ingin lakukan. Untuk memudahkan anda melakukan apa sahaja yang anda mahu, memilih kehidupan yang single adalah lebih baik. Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang anda inginkan.
(4) Tidak banyak masalah- Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati. Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan merunsingkan anda. Dengan memilih kehidupan yang single, sudah pasti masalah akan berkurangan kerana anda hanya perlu memikirkan mengenai diri anda sahaja.  (5) Kurang tanggungjawab- Apabila anda sudah ada pasangan, pasti tanggungjawab anda juga akan semakin bertambah. Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya anda adalah seorang lelaki, yang wajib untuk melindungi pasangan anda, dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka.  Sekiranya anda merasakan banyak lagi impian yang anda ingin kejar dan capai, memilih kehidupan single adalah lebih baik. Ia akan memberi kelebihan untuk fokus mencapai impian yang diinginkan. Ianya bergantung terhadap kesesuaian diri anda.

Diandar Arjunaidi-Angkasa

Jika ku tuliskan
sepucuk surat cinta oh bagimu
mungkinkah ia mampu
mengubah fikiranmu
tentang diriku yang sayang
menanti ketibanya hari
ke angkasa
dan kembali
ku tetap berada disisi
cinta kita bagaikan fantasi
kau lah yang ku miliki
kau lah yang ku mencari
selama-lamanya
walaupun kita dua insan
yang tak pernah memahami
diri kita yang berlainan alam
tapi takdir kita bertemu
dan ku tak akan lepaskan
perasaan ini
dan sayang mungkin kita
tak harus kekal begini
dan sayang kita harus
menempuhi realiti
realiti..realiti..
 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.